mixed bouquet

Saturday, November 13, 2010

3 panggilan dr Allah???

Bismillahirrahmanirrahim....


Ibu berkata... * Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup*
Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?' Saya menggelengkan kepala.
1) 'Panggilan pertama adalah Adzan, ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.
Saya terpaku.... . .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu melanjutkan,
2) Panggilan yang kedua adalah Panggilan Umrah / Haji
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.
Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.
Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.
Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulillah...

3) 'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah surga adalah balasannya.. ...'

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda: *Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'
Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:
' Pertama, orang yang meninggalkan sholat
Kedua, orang yang tidak mau keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu dan bapaknya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

* semoga kita dpt menjawab ketiga2 panggilan dr Allah yg sgt sedikit ini....aminnn.....;)

wallahu a'lam...

p/s : crdt to kembang anggrek

Tuesday, November 9, 2010

lagi kehebatan solat di awal waktu...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


assalamu'alaikum.......weeee skali lg............ ;)

td sy dah cerita tentang satu hikmah napa kita xpatut lewat2kan solat..cmna keadaannya amalan solat yg sengaja dilambatkan,sehingga bila sampai kepada Allah,seolah-olah xda lg amalan solat yg dibuat,sisa pun xda..huhu...ni ada lagi satu artikel yg mceritakan tentang pentingnya kita solat di awal wktu....ni lebih kepada saintifik punya cerita la....tp,masya Allah,mmg Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui dengan memerintahkan kita utk tidak melewat2kan solat....

~ wktu solat dan peralihan dari satu waktu ke satu waktu solat sebenarnya mempunyai gelombang warna yg tersendiri....hmmmm....baca ni dlu yer,bru dpt phm......^_^


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
wallahu a'lam.........



p/s : credit to iluvislam

hebatnya solat di awal waktu...........

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



assalamu'alaikum.......weeee~ ;)


sebelum ni sy ada cerita tentang "jangan lewatkan solat" kn??ni ada dua artikel yg sy dpt.kt fb "acho,demi masa" n kt iluvislam... apa hikmahnya Allah perintahkan kita supaya jgn lewatkan solat....subhanallah,sungguh Allah itu Maha Penyayang kepada kita....Maha Mengetahui apa yg kita xtahu.....♥ ♥ ....sy bawakan satu kisah dulu ye....one by one org kata....hee


~sebenarnya, amalan solat kita perlu melalui beberapa "stesen" sebelum sampai kepada Allah...langit yang mempunyai tujuh lapisan itulah stesen2 yg perlu dilalui...baca perlahan-lahan ye.... ^_^


*Kisahnya camni......

Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi.. Untuk sampaikan amalan kita dia melalui tol-tol disetiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga. Jika sembahyang di awal waktu, tolnya "free". Sekatan tol tiada. Tiada "jem". Malaikat terus sampaikan amalan pada Allah untuk dinilaikan. Tapi jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga, tapi sekatannya ... MasyaAllah.. -.

Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu malaikat posmen kita minta diberi laluan tetapi penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi. Maka jatuh berderai, dikutip semula oleh malaikat posmen kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk kelapisan langit ke-dua.

Dilangit kedua, samalah juga, membebel la malaikat kerana lewat hantar amalan.. Merayu lagi kawan kita tetapi tak dipedulikannya lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi. Jatuh berderai lagi, dikutip satu persatu amalan kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan.

Dilangit ketiga, laaa. . kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita. Tak ade nilai dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi.

Maka tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah- olah kita tak sembahyang juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasannya.

Tak di dunia, di akhirat, hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa. Issh. Tak berbaloi rasanya kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu takde nilai, kena azab lagi nanti...nauzubillah.....marilah kita sama2 berdoa :


Ya Allah, ampunkan kami kerana lalai. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu.
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan; biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi dihari akhirat kelak. Amin...."




Monday, November 8, 2010

jangan @ don't


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..............jwb la salam sy ni,jgn xjawab plak..... heee...*wink2!!


dlm hidup kita ni, so many things look so simple but actually simple mcm mana sekalipun ada something yg kita kena jaga sampai kita perlu mengatakan "jangan".....ini la antara "jangan" @ "don't" yg perlu kita jaga......

* jgn sengaja lewatkan solat..Allah xsuka...lagipun berdosa kalau sengaja...

* jgn menangguhkan taubat kalau kita buat dosa, sbb kita xtau bila kita akan mati...

* jgn lupa bergantung harap hanya pd Allah dalam setiap apa yg kita lakukan baik perkara simple@susah..supaya,kita tak sombong kalau bjaya, dan x kecewa kalau gagal...

* jgn bakhil utk b'sedekah...sedekah ni byk kelebihannya...sesungguhnya rezeki tu Allah yg punya, apa salahnya kita kongsi2 kn...


* jgn kluar rumah tanpa niat yg baik, takut2 nnti mati dalam perjalanan, nauzubillah...apa la nasib badan kelak....

* jgn lupa membaca basmallah dan beri salam ketika nak masuk rumah...dikhuatiri jin dan syaitan pun ikut masuk....

* jgn tidur selepas subuh,nanti rezeki mahal...waktu pagi ni waktu yg dibuka segala pintu keberkatan

*jgn mkn @ minum dr bekas yg pecah atau sumbing..makruh, kerana ianya membahayakan..takut2 la tergores mulut ke,tangan ke....

* jgn mkn @ minum tanpa baca basmallah (bismillahirrahmanirrahim),nanti apa yg kita jamah adalah dari muntah n kencing syaitan.euuwww....nak ke??? ..kalo terlupa, bacala "bismillahi awwaluhu wa akhiruhu"...banyak berkatnya baca bismillah ni...


*jgn biarkan pinggan mangkuk yg dah digunakan x berbasuh lama sehingga pagi..makruh sebab mewarisi kepapaan...as if xda air dlm rumah....cuci la,biar nampak kemas ckit dapur....kan?

* jgn biarkan mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa..mata kita ni kdg2 xsedar nampak benda bukan2 yg boleh mengundang dosa....

* jgn pakai kasut/selipar yg berlainan pasangan,makruh sbb mewarisi kepapaan...ye la,mcm kasut/selipar yg jumpa kt tgh jalan je...satu jumpa kt simpang jln tu, satu lg jumpa kt simpan jln lain....mesti x cantik kn pakai kasut/slipar lain2 sebelah....


* jgn masuk bilik air tanpa memakai alas kaki..selipar tandas org kita kata.takut2 kita xsedar bawa najis kluar then mengotori seluruh rumah kita...beli slipar yg murah2 pun ok la...asalkan selipar...

* jgn duduk lama2 dalam tandas, tandas tu tempat tinggal syaitan..nak ke berlama2 dengan syaitan?

* jgn byk ketawa, nanti jiwa mati...kdg2 kita xingat dosa2 yg kita ada kalau kita asyik ketawa je...

* jgn terlalu susah hati dgn urusan dunia, itu semua x kekal...akhirat yg lebih penting dan lebih utama...

* last skali, jgn la pertikaikan nape byk sgt Islam kata "jangan"...suma ada sebab dan hikmah di setiap "jangan" tu...Allah tahu apa yg kita xtahu....








 p/s : byk lg sebenarnya,ni cuma antara yg dpt disiarkan secara live kat sini...heee....;p



salam 1 zulhijjah.....detik permulaannya....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..........

~ hari ni,1 Zulhijjah 1431 H....permulaan bulan yang terakhir sebelum bermulanya tahun baru 1432 H...the beginning in the end, the end in the beginning......waaahh,berbelit2...hee....
anyway, insyaAllah dengan berkat bulan ini, semoga berkat la juga blog ini...aminn ya Robb...

~ sy harap blog ini dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan semua agar dapat menjadikan islam itu benar-benar satu lifestyle dlm kehidupan kita....Islam is my lifestyle...

~ by the way, kebanyakan kandungan blog yang akan sy post di sini bukanlah hasil tulisan original sy, sy just nak share n buat koleksi apa-apa yg sy rasa menarik dan bermanfaat pd pndangan sy..tp, wallahu a'lam.....
i'm not good in writing actually, that's why.huhuh....

~ sooooo........,kpd pemilik2 "masterpiece" yg bakal sy post nanti,harap anda izinkan n halalkan segala-galanya yerr.....*wink2!!  because...................SHARING IS CARING  kn..........;)))