mixed bouquet

Thursday, December 9, 2010

don't think you are good enough.....

Bismillahirrahmanirrahim......
"Jangan anggap kita lebih daripada mereka"
Bagaimana hendak menanamkan rasa rendah diri dalam diri kita agar kita dapat mengelakkan perasaan sombong, riak dan takabbur? Di bawah ini ada tips2 yang dapat membantu kita semua, inshaAllah….;)

* Jika kita bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih baik daripada kita kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa jika dibandingkan dengan kita….

* Jika bertemu dengan orang tua pula, anggaplah dia lebih baik daripada kita kerana dia sudah lama beribadat dan membuat banyak kebajikan berbanding kita…

* Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih baik kerana ilmunya yang banyak daripada kita…

* Apabila melihat orang jahat, jangan sesekali anggap kita lebih baik daripada dia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya…

* Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih baik daripada kita kerana mungkin dia berbuat dosa dalam keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui…

* Apabila bertemu orang kafir, katakanlah dalam hati bahawa mungkin satu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya automatik akan diampunkan oleh Allah…

Kesimpulannya, walau siapa pun manusia itu, jangan sesekali menganggap kita lebih baik daripada mereka, kerana sesungguhnya kita semua adalah milik Allah...kita xtau kalau2 satu hari nanti orang yang kita anggap kurang daripada kita akan diberi kelebihan (rahmat) oleh Allah....maka tinggallah kita dengan "kelebihan" yang kita bangga-banggakan bersama-sama dosa kita...na'uzubillah........sentiasalah beranggapan kita ini terlau banyak kekurangan jika hendak dibandingkan dengan orang lain.....

wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment