mixed bouquet

Wednesday, December 29, 2010

hidup = roda?

Bismillahirrahmanirrahim...

"Hidup ibarat roda, kadangkala kita di atas, ada masanya di bawah".

Saya yakin kita semua pernah mengalami "zaman keemasan" masing-masing. Mungkin ia berlaku semasa masih di sekolah rendah, atau bila menjejak sekolah menengah. Ada juga yang baru merasai saat-saat manis itu di zaman unversiti atau semasa bekerja. Hakikatnya, kita pasti pernah merasa. Bukankah indah jika saat itu berulang? Namun, wajarlah untuk kita menyedari bahawa Allah itu maha Adil, sedangkan malam dan siang sering di pergilirkan, begitu jugalah dengan kejayaan dan kegagalan. Ada masanya kita berjaya, ada masanya kita akan menemui kegagalan.

Sahabat-sahabatku,

Di sini saya ingin mengajak agar kita semua berfikir tentang hikmah setiap kejadian yang menimpa kita. Pahit manis kehidupan itu menyumbang kepada pengalaman dan akhirnya menjadi pengajaran buat kita. Bila berjaya, pernahkah kita terfikir satu masa kita akan jatuh dan tenggelam dalam kesedihan? Begitu juga, apabila kita menemui kegagalan, yakinlah kita akan bangkit semula utk berjaya.

Kesenangan yang datang tak akan selamanya, begitulah selepas susah ada kesenangan. Yakinlah dgn firman Allah ini : 

" Sesungguhnya bersama-sama kesulitan itu ada kemudahan "
- Surah Al-Insyirah, ayat 6 - 


Setiap makhluk yang dicipta Allah akan merasakan pahit dan manis kehidupan. Itu sunnatullah yang ditetapkan Allah. Sepertimana firman-Nya:

Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 

- Surah Al-Baqarah, ayat 214 -

Jelas bahawa hidup manusia itu penuh dengan ujian. Hakikatnya ujian itulah sumber kekuatan, membantu kita untuk taqarrub (dekat) kepada Allah. Jadi, bersabarlah...dan yakinlah dgn janji Allah.... ^_^

 - Jangan lupa utk sentiasa berdoa kepada Allah agar diri dapat bersabar dgn semua ujian yg diberi, hati akan ikhlas dan redha menerimanya, jiwa akan tenang menghadapinya -


wallahu a'lam~

p/s : artikel ini sy amik dr iluvislam.com, ttpi sy edit dan add-on ckit2...

No comments:

Post a Comment